Posts

Showing posts from October, 2020

Kemuliaan

Jangan kau bangga dengan kecantikkanmu sehingga kau dikejar berjuta lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir pantai yang boleh dipijak dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa setanding mutiara yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga. Saidatina Aisyah RA ~ #KalamUlama

Kehebatan

Salah seorang berkata kepada Abu Sa'id Abul Khaer, "Si Fulan hebat ya kerana ia mampu terbang." Lalu Abu Sa'id menyela, "Hebat apanya, lalat juga terbang!" "Bagaimana dengan si Fulan, apakah ia hebat kerana bisa berjalan diatas air?" Tanya orang itu. Kembali Abu Sa'id menyela, "Biasa sahaja, kerana sebatang kayu pun bisa mengawang diatas air!" "Lalu menurutmu, kehebatan itu pada apa?" Tanya orang itu. Kemudian Abu Sa'id menjelaskan, "Yaitu engkau berada di tengah-tengah masyarakat, namun lidahmu tak pernah menyakiti hati mereka, engkau tak mendustainya, tak menipunya, tidak memanfaatkan kepercayaan mereka, dan tak ada yang kecewa terhadapmu." Inilah kehebatan. Mawlana Syeikh Hisham Kabbani. #KalamUlama

FITNAH WANITA DI AKHIR ZAMAN.

Oleh Ustaz Abdurrahman Al-Atsary. Kerana engkau adalah wanita, sudah selayaknya engkau menyedari tentang bagaimana Allah menciptakan dirimu dan Nabi memperingatkan tentang fitnah yang muncul darimu. Kerana engkau adalah wanita, maka banyak para lelaki melemparkan pandangan matanya kepada dirimu kecuali mereka yang memiliki kemuliaan jiwa menundukkan pandangannya kerana takut tentang fitnah yang ditimbulkan olehmu. Dunia ini hiasan dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Kredit : Lisanul Fatimah #KalamUlama

Wasiat Nabi Khidir Alahissalam kepada Sayyidina Umar bin Abdul Aziz

 Wasiat Nabi Khidir Alahissalam kepada Sayyidina Umar bin Abdul Aziz رضى الله عنه ketika bertemu di Madinah, “Wahai Umar janganlah engkau menjadi seorang wali dihadapan khalayak ramai, sedang engkau menjadi musuh Allah ketika engkau bersendiri, jika keadaanmu tidak sama ketika di luar dan dalam keadaan sendiri maka itu adalah munafiq, sedang orang-orang yg munafik berada di paling dalamnya neraka.” Kemudian Sayyidina Umar Bin Abdul Aziz رضى الله عنه menangis sampai janggutnya basah. Tanbihul Mughtarrin ~ #KalamUlama