Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?

"Diriku telah mendengar sebuah kisah yang telah disampaikan oleh seorang ulama' Syria padaku.

Ulama' itu menceritakan kepadaku.

"Seorang wanita telah datang kepadaku sambil menangis tanpa henti. Aku ingatkan mereka telah menyakitinya atau membunuh bapa dan anak-anaknya.

Sehinggalah dia berhenti menangis, dan aku pun bertanya, "Kenapa kamu menangis?"

Kemudian wanita itu menjawab, "Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Rasulullah."

Jadi aku pun bertanya lagi, "Jadi ini sebabnya kamu menangis?"

Wanita itu berkata, "Ya, sudah 3 malam diriku tidak berjumpa Rasulullah."

Aku pun bertanya lagi, "Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa Rasulullah?"

Wanita itu menjawab, "Ya, setiap malam aku berjumpa Rasulullah. Tapi ketika ini sudah 3 malam berlalu, aku tidak tahu bala apa yang menimpaku atau dosa apa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat, aku menangis kerana hal ini."

Aku bertanya lagi, "Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?"

Wanita itu menjawab, "15,000 kali."

Wanita itu sudah biasa berselawat sehari 15,000 kali, kerana itu dia diizinkan oleh Allah untuk melihat Rasulullah setiap malam."

[Habib Umar bin Hafidz]

📍 Telegram.me/KalamParaUlama

Comments

Artikel lainnya

Wasiat Nabi Khidir Alahissalam kepada Sayyidina Umar bin Abdul Aziz

KH. Maimun Zubair

KERUGIAN ORANG YANG BERAMAL TAPI TIDAK MENJAGA LIDAHNYA